Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan media tentang 14,858 pelajar yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM. Jumlah ini memang mengejutkan dan membuka mata banyak pihak tentang isu yang semakin membarah dalam pendidikan anak-anak kita.
Apa sebenarnya punca mereka ponteng?
Kalau kita selami, ada beberapa sebab utama yang menyumbang kepada masalah ini:
1. Kurang motivasi & minat belajar – Ramai pelajar hilang arah dan tak nampak kenapa belajar itu penting.
2. Tekanan mental & emosi – Selepas pandemik COVID-19, ramai yang terkesan dari segi emosi dan mental, hingga pelajaran jadi mangsa.
3. Pengaruh rakan & media sosial – Dunia sekarang penuh dengan trend “shortcut” untuk berjaya, dan pelajar mudah terikut.
4. Masalah kewangan & keluarga – Ada yang terpaksa membantu keluarga mencari rezeki dan terpaksa abaikan sekolah.
5. Kurang sokongan dari persekitaran – Bila tiada dorongan dari ibu bapa atau guru, pelajar rasa tersisih dan mudah menyerah kalah.
Di sinilah Pendidikan Mesra Rakyat masuk membantu!
Kami percaya setiap anak ada potensi untuk berjaya jika diberi peluang & bimbingan yang betul. Melalui Program Potensi Diri, kami fokus kepada:
- Suntik semula motivasi dengan ceramah inspirasi & kisah-kisah kejayaan.
- Kaunseling & pengurusan stres untuk bantu mereka lepaskan beban emosi & bina semula semangat.
- Latihan soft skills & kepimpinan – supaya mereka yakin dengan diri & masa depan mereka.
- Bengkel bersama ibu bapa & guru – kami nak semua pihak jadi pasukan sokongan yang kuat.
- Modul bijak media sosial – ajar mereka tapis pengaruh negatif & guna media sosial untuk perkara positif.
Kami di Pendidikan Mesra Rakyat komited nak ubah statistik ini dan bantu lebih ramai pelajar capai impian mereka. Mari kita sama-sama jadikan pendidikan sebagai jambatan kejayaan untuk anak-anak kita!